Kelas Keusahawanan – Online Marketing

18 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 17 April 2019, pengurus Pusat Ekonomi Digital Kampung Paya Jakas telah membantu seorang usahawan muda tentang cara-cara melakukan online marketing. Muhamad Amirul, merupakan seorang penjual minuman kesihatan di samping menjadi agen jualan jam tangan. Beliau mempunyai halaman facebook perniagaan namun tidak begitu mahir melakukan promosi atas talian. Justeru pengurus Pusat Ekonomi Digital Kampung Paya Jakas telah membantu beliau untuk belajar cara melakukan online marketing dengan lebih baik. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula 10.00 pagi petang hingga 12.00 tengahhari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali